loading...

Saturday 30 July 2016

Filled Under:

SUAMI TIDAK PUAS MEMAKSA SI ISTERI, ISTERI SUDAH CUKUP BOSAN DIPERLAKUKAN SEPERTI ANJING

Beria-Ria Abang Ipar Suruh Balik Kampung..Pagi Tu ‘SARAPAN’ Suami Rebah,Rupanya Mereka… |


*********************************************************************************

SUAMI TIDAK PUAS MEMAKSA SI ISTERI, ISTERI SUDAH CUKUP BOSAN DIPERLAKUKAN SEPERTI ANJING | Saya seorang isteri yg menderita dgn seorang suami penagih dadah. sudah bertahun memendam perasaan. Dulu saya tahu dia ada main barang tapi tak ada seteruk sekarang. Dulu barang takda pun xpa. Sekarang barang xda ja isteri dimaki hamun barang rumah dibaling. Kalau bawa kereta macam orang gila seperti nyawa isteri & anak tak berharga langsung.
-Dulu sorok2 juga tapi sekarang rumah sendiri dijadikan ‘port’,siap panggil kawan2. Sampaikan anak tanya apa yg abah buat dalam bilik lama-lama. Kerana dadah dia jadi panas baran,kaki pukul,kaki judi. Dan dah bertahun dia tak kerja, Saya seorang membanting tulang bekerja menyara kami anak-beranak...

-Dia tahu tidur makan,Bangun pagi mintak duit nak beli barang ja. Tak pernah tanya isteri ada duit ke tidak nak beli beras. Terpaksa beri kalau tak maki hamun la jawabnya. Perkataan babi celaka setan sial bagaikan biasa di telinga saya...
-Dari makan hati sekarang dah tak rasa apa-apa sebab dah terlalu banyak makan hati. Menangis pun dah tak keluar air mata lagi dah. Deritanya dapat suami kaki dadah. Dia kuat hisap ice baby. Muka sampai dah cengkung. Pernah kena tangkap tapi menangis merayu nak berubah. Anak pula sampai demam sebab rapat dengan abahnya. Gigih kumpul duit untuk jamin tapi janji tinggal janji....
-Susah nak tinggal sebab abang-abangnya,ipar,duai yang lelaki semua rosak. Kaki barang semua. Paling makan hati time balik kampung, Adik-beradik dia jamu “barang”. Beli barang tu sampai beratus untuk jamu abang-abang. Tak fikir isteri hutang keliling pinggang. Abang2 pun sama. Bukan nak nasihat adik...

-Apatah lagi nak rasa bersalah tengok kami bertekak janji dapat makan barang free. Patut la orang cakap orang begini otak SUdah punah. Tiap kali balik kampung duit licin dalam bank. Sampai duit minyak untuk balik rumah pun pinjam kawan. Nak bercerai sayang dgn anak lagi. Tambah saya sebatang kara hanya menumpang kasih sayang family mertua. Nak report polis utk kasi pengajaran & peluang terakhir untuk dia berubah tapi takut ketahuan. Nanti jadi dendam. Teringin nak bahagia macam orang lain dan dapat suami yang bertanggungjawab. Apa pendapat kamu semua?




0 comments:

Post a Comment

loading...